KELAS ASAS ICT- Mempelajari Publisher Bahagian 2
19 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18/08/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas asas Publisher bahagian akhir. Sambungan bahagian 2 ini mereka diberi tugasan seperti mencipta, mengurus, menyemak dan mengedarkan penerbitan menggunakan MS Publisher. MS Publisher ialah program fleksibel yang mudah digunakan untuk mencipta surat berita, brosur, kad perniagaan, poskad dan risalah, antara lain, untuk cetakan, e-mel dan Web. Dalam kelas ini juga, kita akan melihat cara membuat penerbitan dari awal atau menggunakan salah satu daripada ratusan reka bentuk perniagaan dan peribadi yang tersedia dalam penerbit.
Kelas ini telah dihadiri oleh para pelajar sekolah rendah dan menegah yang mempunyai masa lapang dan hadir ke NADI Piasau Utara pada jam 2.00 petang sehingga jam 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: